Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
Informasi > FAQ / Soalan Lazim > Hospital Pitas

Hospital Pitas

Bilakah masa melawat ?

Masa melawat adalah seperti berikut:

Isnin – Jumaat
12:30pm - 2.00pm
4:30pm - 7:30pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am
12:30pm - 7:30pm

 

Adakah terdapat kantin di Hospital Pitas?

Ya, kantin Hospital Pitas beroperasi setiap hari Isnin-Jumaat dari Jam 7:00am sehingga 7:00pm,  Sabtu, Ahad atau Cuti Kelepasan Am dari Jam 7:30am sehingga 1:30pm.

 

Berapakah kadar bayaran yang dikenakan oleh Hospital?

Kadar bayaran adalah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Kerajaan Malaysia. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

 

Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?

Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?

Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan (di jalan raya / di tempat kerja / domestik) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

 

Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk pengecualian bayaran ?

Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, Surat Sekolah, Surat Pengesahan (GL).

 

Adakah Hospital Pitas dapat mengeluarkan e-GL?

Ya.

 

Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?

Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

 

Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?

Bagi semua kes penyakit berjangkit ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300, pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kakitangan kerajaan : pemotongan @ pengecualian boleh dipertimbangkan.

 

Adakah Hospital Pitas merupakan hospital kerajaan?

Ya.

 

Bolehkah saya mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan selepas waktu pejabat kerana sakit biasa seperti batuk, demam dan selesema?

Boleh. Tetapi masa menunggu bagi mendapat rawatan adalah antara 60 minit sehingga 120 minit.

 

Terdapat berapa jumlah katil di Hospital Pitas?

Hospital ini boleh memuatkan sebanyak 76 katil tapi pada masa kini hanya 48 katil disediakan.

 

Adakah Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan pembedahan?

Ada.

 

Adakah terdapat balai pelawat di Hospital Pitas?

Ada.

 

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk menginap di balai pelawat Hospital Pitas?

RM2.00 seminggu.

 

Adakah balai pelawat boleh digunakan oleh semua orang?

Tidak. Hanya penjaga pesakit boleh menginap di balai pelawat.

 

Adakah Hospital Pitas mempunyai Unit Kerja Sosial Perubatan?

Ada.

 

Perniagaan

Galeri

Publisiti

Bilangan Transaksi

Paparan terbaik : 1280 x 1024 pixel | Pelayar: Mozilla Firefox 13.0 ke atas | Hak Cipta Terpelihara 2009-2017 - Hospital Pitas

Alih bahasa dijana secara automatik menggunakan aplikasi Google Translator.
Bahasa dan kandungan tersebut tidak 100% tepat dan kemungkinan membawa maksud yang berbeza dari isi kandungan yang sebenar.
Penggunaan maklumat tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.


Masa Capaian: 0 saat.