Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan

Unit Rekod

Perkhidmatan

Unit Rekod Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan:
1) memproses semua bentuk Laporan Perubatan

  • Laporan Insuran
  • Laporan Kes-kes Medico Legal
  • Laporan Perubatan

* Dalam pemprosesan Laporan insuran (contohnya, Takaful, Etiqa dll), Laporan Buruh dan PERKESO, borang bagi pemprosesan disediakan oleh pemohon sendiri yang mana borang tersebut boleh dipohon di pejabat insurans tersebut.
Unit Rekod Perubatan tidak menyediakan borang-borang insuran tersebut.
* Laporan Perubatan yang telah siap boleh diperolehi semula selepas 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan Laporan Perubatan yang lengkap.
* Bayaran bagi proses penyediaan Laporan Perubatan adalah RM40.00 bagi Warganegara, manakala RM80.00 bagi Bukan Warganegara.
2) Mengumpul dan memproses data-data statistik Hospital

Anggota

Unit ini mempunyai kakitangan seramai 4 orang yang terdiri daripada 1 Penolong Pegawai Rekod Perubatan, 2 orang Pembantu Tadbir Rekod Perubatan dan 1 Pembantu Am Pejabat.

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm ( waktu pejabat ) pada setiap isnin- jumaat ( kecuali cuti umum). Tugas atas panggilan ( On- Call ) adalah pada setiap hari sabtu, ahad dan cuti umum.

 

Perniagaan

Galeri

Publisiti

Bilangan Transaksi

Paparan terbaik : 1280 x 1024 pixel | Pelayar: Mozilla Firefox 13.0 ke atas | Hak Cipta Terpelihara 2009-2017 - Hospital Pitas

Alih bahasa dijana secara automatik menggunakan aplikasi Google Translator.
Bahasa dan kandungan tersebut tidak 100% tepat dan kemungkinan membawa maksud yang berbeza dari isi kandungan yang sebenar.
Penggunaan maklumat tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.


Masa Capaian: 0 saat.