Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
Informasi > Perkhidmatan > Bahagian Sokongan Klinikal > Unit Kerja Sosial Perubatan (Kebajikan)

Unit Kerja Sosial Perubatan (Kebajikan)

Perkhidmatan

Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan kaunseling, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan. Perkhidmatan kaunseling bermaksud penyelesaian kes krisis individu, kelamin, keluarga dan kaunseling am. Manakala perkhidmatan perkhidmatan sosial pula bermaksud memberi bantuan keperluan selepas mengalami kecederaan / penyakit dan perancangan discaj. Seterusnya adalah pekhidmatan kebajikan bermaksud membantu pesakit yang mempunyai masalah kewangan, masalah keperluan asas (penginapan, makanan dan pakaian) dan pengurusan penghantaran pesakit bagi penyiasatan dan rawatan lanjut perubatan.

Unit ini mempunyai satu tabung khas yang di wujudkan oleh Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat iaitu Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) yang bertujuan untuk amal dan kebajikan semua orang warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan khususnya untuk pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan yang memerlukan seperti bantuan tambang dari / ke tempat rawatan, bantuan kos rawatan bantuan, kos pembelian ubat-ubatan dan bantuan kos pembelian peralatan perubatan sahaja.

 

Anggota

Unit ini mempunyai seorang kakitangan iaitu Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27.

 

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan adalah 8am-5pm (waktu pejabat) pada setiap isnin- jumaat (kecuali cuti umum). Hanya warganegara sahaja yang akan diberi perkhidmatan sosial dan perkhidmatan kebajikan.

 

Perniagaan

Galeri

Publisiti

Bilangan Transaksi

Paparan terbaik : 1280 x 1024 pixel | Pelayar: Mozilla Firefox 13.0 ke atas | Hak Cipta Terpelihara 2009-2017 - Hospital Pitas

Alih bahasa dijana secara automatik menggunakan aplikasi Google Translator.
Bahasa dan kandungan tersebut tidak 100% tepat dan kemungkinan membawa maksud yang berbeza dari isi kandungan yang sebenar.
Penggunaan maklumat tersebut adalah di atas tanggungan pengguna.


Masa Capaian: 0 saat.