Julai - Disember 2011  1553 reads

 ANALISA DATA

  

Unit Pemulihan Carakerja

 Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas 33 orang pelanggan Unit Pemulihan Carakerja, secara keseluruhannya para responden menyatakan bahawa Unit Pemulihan Carakerja menepati Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan oleh unit ini. Hal ini berdasarkan soalan bernombor 9 (sila rujuk laporan kajian piagam pelanggan Unit Pemulihan Carakerja). Manakala berdasarkan soalan- soalan yang lain terdapat responden yang menyatakan bahawa perkhidmatan unit ini sangat memuaskan, memuaskan dan sederhana.

  

Unit Fisioterapi

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas 35 orang responden Unit Fisioterapi, secara keseluruhannya para responden menyatakan bahawa Unit Fisioterapi menepati Piagam pelanggan yang telah ditetapkan oleh uint ini. Hal ini adalah berdasarkan soalan bernombor 6 (sila rujuk laporan kajian piagam pelanggan Unit Fisioterapi). Manakala berdasarkan soalan – soalan lain terdapat responden yang menyatakan bahawa perkhidmatan unit ini sangat memuaskan.

 

Unit Sajian

Merujuk kepada analisa kajian piagam pelanggan yang telah dijalankan terhadap 15 orang kakitangan Hospital Pitas, secara keseluruhannya adalah berpuasti terhadap perkhidmatan dan layanan yang di berikan kepada kakitangan yang berurusan dengan unit sajian. Walaubagaimanapun ada sebilangan kecil yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan dan layanan yang di berikan, namun ini tidak menjejaskan Piagam Pelanggan yang di keluarkan. Bagaimanapun Unit Sajian telah di beri arahan supaya  penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi mencapai 100% kepuasan hati pelanggan.

  

Wad Kanak – Kanak

 Hasil dari kajian, saya mendapati piagam pelanggan ini dapat memenuhi kehendak pelanggan kecuali didalam perkara discaj, dimana didapati pemberitahuan 3 jam lebih awal tidak dapat dipenuhi. Tetapi pelanggan memberi reaksi sebaliknya di mana pelanggan gembira kerana tidak perlu menunggu lama di wad selepas di beritahu mereka boleh keluar wad. Dengan itu hasil kajian ini akan digunakan untuk menilai kesesuain piagam dan jika perlu penambahbaikan akan dilakukan mengikut kehendak pelanggan.

  

Unit Teknologi Maklumat

 Merujuk kepada analisa kajian piagam pelanggan yang dibuat, kebanyakkan permohonan akaun baru e-mail MOHCUBE dapat disediakan dalam masa kurang daripada 1 hari iaitu 56.52%. Manakala, 21.73% adalah tergolong dalam penyediaan akaun baru e-mail MOHCUBE dalam masa 1 hari dan 3 hari.

 

Unit Pengimejan Diagnostik

 Merujuk kepada analisa kajian piagam pelanggan yang dijalankan, jumlah tertinggi masa menunggu pesakit lebih 30 minit adalah 14.3%. Manakala terdapat juga hari di mana masa menunggu pesakit kurang 30% adalah 100%. Kajian telah mendapati jumlah pesakit UPD Hospital Pitas adalah sangat kurang. Masa menunggu lebih 30 minit antaranya disebabkan pesakit yang sebelumnya melakukan banyak projeksi Xray dan menyebabkan pesakit selepasnya menunggu dengan agak lama untuk pemeriksaan Xray.

 

Unit Bekalan Bahan Steril

 Merujuk kepada analisa kajian piagam pelanggan yang telah dijalankan terhadap borangyang telah dikembalikan, secara keseluruhannya seramai 29 orang (98%) anggota Hospital Pitas (Pelanggan Dalaman) dan seramai 20 orang (100%) anggota dari Hospital Kudat, Hospital Kota Belud, Hospital Ranau, dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Kalumpang Pitas berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan di Unit Perkhidmatan Bahan Steril. Terdapat seorang (2%)anggota (pelanggan dalaman) yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh perkhidmatan bahan steril. Walaubagaimanapun Unit ini tidak menerima aduan/laporan secara bertulis mengenai set / pek yang dibekalkan tidak lengkap mengikut senarai semak daripada pelanggan.

  

Unit Farmasi dan Stor

Merujuk kepada analisa yang di buat, pihak kami mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu sekurang – kurangnya 90% pesakit akan mendapat bekalan ubat dalam 30 minit bagi tempoh kajian Jun – Dis 2011.

 

Unit Rekod Perubatan

Merujuk kepada analisa kajian piagam pelanggan yang dibuat, jumlah tertinggi masa menunggu fail pesakit lebih 15 minit adalah 4%. Kajian mendapati ini adalah kerana terdapat fail yang diperlukan oleh unit yang terlibat tidak terdapat di Unit Rekod Perubatan dan kesalahan maklumat mengenai aliran fail pesakit yang telah dipinjam sebelum ini. Manakala, kaijian mengenai penyediaan Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan adalah 100% sama ada penyediaan Laporan Perubatan biasa ataupun Laporan Perubatan Medical Legal.

 

Wad Perempuan

Secara keseluruhan, hasil daripada analisa kajian piagam pelanggan wad perempuan berkaitan 10s pada tahun 2011 menunjukan pencapaian yang baik dimana peratus yang menyatakan YA meningkat kepada 10.75% dan menyatakan TIDAK menurun kepada 10.75%

 

Dewan Bersalin

Hasil kajian yang diperolehi mendapati bahawa secara keseluruhannya pelanggan berpuashati dengan kemudahan dan mutu perkhidmatan yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa pencapaian tahap kepuasan piagam pelanggan adalah memuaskan. Pencapaian ini haruslah dikekalkan bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat kepuasan yang sepenuhnya. Segala kelemahan akan sentiasa dititik beratkan dan diberi perhatian bagi mempertingkatkan mutu perkhidmtan ke tahap yang maksimum sepanjang masa.

Print article