Logo Hospital Pitas  3087 reads

Logo Hospital Pitas

Seiring dengan peningkatan tahap kualiti perkhidmatan di Hospital Pitas, satu logo Hospital Pitas yang baru telah dilancarkan pada 16 Disember 2010 dan majlis tersebut dihadiri seramai 51 orang kakitangan Hospital Pitas. Logo ini merupakan hasil inspirasi Pengarah Hospital Pitas, Dr Francis Paul, yang amat mementingkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada penduduk Daerah Pitas.

Logo baru ini juga menggunakan 3 warna sebagai warna utama iaitu merah (red), emas (gold) dan biru (blue). Setiap warna ini mempunyai maksud dan maknanya yang tersendiri.

Warna Merah  : Lambang penjagaan dan rawatan pesakit.

Warna Emas    : Melambangkan perkhidmatan emas yang berkualiti  dan berkekalan.

Warna Biru  : Melambangkan air biru yang terus mengalir memberi rawatan yang berterusan seiring dengan perubahan arus teknologi dan pengetahuan terkini.

Slogan   “Pesakit didahulukan, Kesihatan diutamakan” : turut dipaparkan di sebelah kanan logo hospital yang mencerminkan betapa kakitangan Hospital Pitas mementingkan kesejahteraan dan kesihatan pesakit.

Persembahan slaid Pelancaran Logo Baru Hospital Pitas boleh dimuatturun di SINI.    

Print article