Unit Farmasi & Stor Perubatan  1919 reads

Perkhidmatan

Unit Farmasi Hospital Pitas menyediakan perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar, Farmasi Bekalan Wad, Stor Perubatan, Farmasi Klinikal dan Perkhidmatan Maklumat Ubat.

Anggota

Perkhidmatan Unit Farmasi Hospital Pitas diketuai oleh Pegawai Farmasi U44 (Y/M) dan dibantu oleh 4 Pegawai Farmasi U41, seorang Penolong Pegawai Farmasi U32, 4 orang Penolong Pegawai Farmasi U29, seorang Pembantu Tadbir (P/O) N17, 4 orang Pekerja Awam H11.

Waktu Perkhidmatan

Waktu perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar adalah 7.30 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat manakala Farmasi Bekalan Wad dan Stor Perubatan adalah bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum). Farmasi Bekalan Wad juga dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Perkhidmatan atas panggilan juga dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan Unit Farmasi berterusan.

Print article