Unit Hemodialisis  987 reads

Pengenalan

Unit ini mula beroperasi pada tarikh 30hb November 2015 selepas perasmian pembukaan pada 4hb. November 2015 oleh Yang Berhormat Datuk Bolkiah Bin Hj.Ismail ADUN N.3 Pitas merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Perindusterian Sabah.

Perkhidmatan.

Unit ini memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang peringkat 5 yang telah mempunyai "blood access"untuk menjalani dialysis.Pada peringkat awal beroperasi seramai 21 pesakit telah mendapat rawatan di unit ini.Pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di unit ini adalah berasal dari daerah Pitas dan Kota Marudu.

 Unit Hemodialisis Hospital Pitas mempunyai sebanyak 10 mesin di mana 2 daripadanya adalah disumbangkan oleh sebuah syarikat iaitu Sabah Energy Coorparation.

Anggota

 - Seorang (1)Pen.Peg.Perubatan U 32 KUP( Pos Basik Renal)

- Seorang (1)Jururuwat Terlatih U 32 KUP (Pos Basik Renal)

- Seorang (1) Pen.Pegawai Perubatan U 29 ( Pos Basik Renal)

- Seorang (1) Jururawat Terlatih U 29 ( Pos Basik Renal)

- Seorang (1) Jururawat Terlatih U 29 (sedang mengikuti Pos Basik Renal) selesai Febuari 2016

- Seorang (1) Jururawat terlatih U 29 ( Sementara)

- Dua(2) orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Masa Operasi

Pada masa sekarang unit ini beroperasi dari jam 8.00am-05.00pm 6 hari seminggu dari hari Isnin hingga hari Sabtu.Jadual rawatan pesakit adalah dibahagikan kepada 2 iaitu hari Isnin,Rabu dan Jumaat(1,3,5) dan hari Selasa,Khamis dan Sabtu(2,4,6).Setiap pesakit mendapat rawatan selama 4 jam mengikut jadual yang ditetapkan.

Print article