Unit Sajian  1260 reads

Perkhidmatan

Unit Sajian Hospital Pitas hanya menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan kepada pesakit dalam sahaja. Makanan juga disediakan untuk doktor atas panggilan (On Call) dan juga MAC (Mother Accompanying Child) di wad kanak - kanak. Unit ini dilengkapi dengan peralatan memasak yang terkini dan berkualiti bagi memastikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. Sistem perhidangan berpusat (Centralized Plating) adalah sistem hidangan yang diamalkan disini, dimana setiap pesakit menerima tray makanan masing-masing mengikut jenis diet yang telah ditentukan oleh Pegawai Perubatan.

Anggota

Unit ini mempunyai 7 orang kakitangan iaitu terdiri daripada seorang Pen.Peg.Penyediaan Makanan (PPPM) dan 6 orang tukang masak tetap ataupun Pembantu Penyediaan Makanan (PPM).

Waktu Perkhidmatan

Waktu Operasi unit ini adalah pada jam 6 pagi- 5.30petang pada setiap hari termasuk cuti umum.

Print article