
Hospital Pitas
Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
- Informasi
- Piagam Pelanggan
- Piagam Pelanggan Unit
- Unit Pengurusan
PIAGAM PELANGGAN UNIT PENGURUSAN - Unit pengurusan melaksanakan dan memelihara kepentingan semua anggota yang meliputi pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan, serta serasi pelanggan.
- Proses lantikan, pengesahan dan pemberian taraf berpencen dikemukakan ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah selepas semua dokumen diperolehi dari anggota dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Semua perkara yang melibatkan pembayaran akan diproses apabila mendapat dokumen lengkap dari anggota dalam tempoh 7 hari berkerja.
- Surat dan pekeliling akan diedarkan ke unit-unit dalam masa satu (1) hari apabila mendapat arahan dari Pengarah Hospital.
KEWAJIPAN PELANGGAN Bagi membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cekap dan berkesan, semua pelanggan yang budiman adalah berkewajipan memberi kerjasama dengan : - Mematuhi semua undang-undang dan peraturan-peraturan hospital ini yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.
- Mengemukakan butir-butir peribadi dan dokumen yang lengkap dan tepat semasa membuat permohonan seperti dokumen pengenalan diri, surat rujukan, kad temujanji dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
- Menghormati dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota hospital ini.
- Menjaga kesihatan diri sendiri dengan mengamalkan cara hidup sihat.
|