Unit Patologi & Tabung Darah  2574 reads

PIAGAM PELANGGAN PATOLOGI

KAMI BERJANJI AKAN :

  • Memberi layanan yang baik, ikhlas, mesra dengan penuh hormat.
  • Memberi perkhidmatan secara adil dan profesional.
  • Menjaga kehormatan dan kerahsiaan pelanggan.
  • Setiap ujian makmal akan dikendalikan dengan cekap dan cepat.
  • Setiap keputusan ujian yang dikeluarkan adalah tepat dan berkualiti.
  • Keputusan ujian makmal adalah sulit.

 

TEMPOH PENGELUARAN KEPUTUSAN UJIAN MAKMAL

  • Full Blood Count 60 Minit
  • ESR 90 Minit
  • PT, PTT Dan INR 60 Minit
  • Urine Full Examination 60 Minit
  • Urine Pregnancy Test 30 Minit
  • Stool FEME 60 Minit
  • BSMP 60 Minit
  • AFB 60 Minit
  • Serum Bilirubin (Bayi) 60 Minit
  • Random Blood Sugar 60 Minit
  • BUSE 60 Minit
  • Semial Analysis 60 Minit

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Memastikan mengemukakan Borang Permohonan Ujian Makmal (PER 301) yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai perubatan.
  • Mematuhi arahan yang diberi oleh Pegawai Perubatan tentang peraturan yang perlu dilakukan sebelum menjalani ujian.
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan dengan penuh berhemah dan tanggungjawab.

 

PIAGAM PELANGGAN TABUNG DARAH

KAMI BERJANJI AKAN :

  • Menjaga keselamatan dan kesihatan penderma-penderma darah sepanjang masa proses pendermaan.
  • Sentiasa mempastikan bekalan darah mencukupi melalui kempen-kempen derma darah.
  • Pesakit akan dibekalkan dengan darah dan produk darah yang berkualiti dan selamat tepat pada masa yang diperlukan.
  • Pesakit pendarahan akan diberi khidmat kepakaran dan rawatan yang komprehensif.
  • Setiap perkhidmatan yang diberi akan menggunakan kaedah terkini dan dikawal rapi oleh Kepastian Kualiti.
  • Semua maklumat dan keputusan ujian adalah sulit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Penderma haruslah sukarela dan merasakan diri tidak dipaksa.
  • Mempastikan setiap penderma membawa pengenalan diri seperti My Kad atau Passport.
  • Setiap penderma darah harus menepati setiap kriteria yang telah ditetapkan sebelum menderma darah.
  • Penderma darah harus jujur dalam mengisi setiap maklumat dalam borang pendaftaran dan semasa sesi kaunseling.
  • Setiap penderma yang telah selesai menderma darah mesti diberikan makanan dan minuman yang ringan.
Print article