
Hospital Pitas
Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
- Informasi
- Piagam Pelanggan
- Piagam Pelanggan Unit
- Unit Farmasi Luar , Farmasi Dalam & Stor Perubatan
FARMASI PESAKIT LUAR - Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi ubat-ubatan berlabel, berkualiti, berkesan dan selamat.
- Sekurang-kurangnya 90 % daripada pelanggan akan mendapat bekalan ubat-ubatan dalam tempoh 30 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN Mengemukakan preskripsi yang dikeluarkan oleh fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. FARMASI PESAKIT DALAM - Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi ubat-ubatan berlabel, berkualiti, berkesan dan selamat.
- Setiap pelanggan dari setiap wad/unit akan dimaklumkan 1 jam sebelum waktu berakhir pada setiap hari apabila bekalan mereka telah siap.
KEWAJIPAN PELANGGAN - Setiap pelanggan hendaklah menghantar pesanan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memastikan dokumen-dokumen berikut adalah lengkap:
a. Buku pesanan farmasi b. Carta perubatan c. Borang permohonan ubat-ubatan pakar d. Buku pesanan bahan psikotropik dan buku rekod bahan psikotropik. - Membuat pesanan berdasarkan jumlah simpanan `floor stock` yang ditetapkan untuk setiap wad/unit dan memastikan buku rekod sentiasa dikemaskini.
STOR PERUBATAN - Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesanan akan dibekalkan dengan ubat atau item bukan ubat yang berkualiti dan selamat.
- Setiap pesanan akan dibekalkan mengikut stok semasa.
- Setiap pelanggan dari setiap wad/unit akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu berakhir setiap hari apabila bekalan mereka telah siap.
- Setiap pelanggan dari setiap wad/unit akan mendapat bekalan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu 7 hari selepas pesanan dihantar, kecuali bagi pesanan kecemasan.
KEWAJIPAN PELANGGAN Setiap pelanggan diwajibkan untuk mengemukakan buku pesanan stor yang lengkap diisi dengan kod pesanan yang betul dan dihantar mengikut jadual yang telah ditetapkan.
|