
Hospital Pitas
Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
- Informasi
- Piagam Pelanggan
- Piagam Pelanggan Unit
- Unit X-Ray
PIAGAM PELANGGAN UNIT X-RAY - Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan X- ray.
- Setiap pesakit akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur pemeriksaan X- ray termasuk risikonya.
- Setiap pesakit yang memerlukan temujanji akan diberi tarikh temujanji dan penerangan tentang beberapa persediaan sebelum pemeriksaan X- ray dijalankan.
- Masa untuk menjalani pemeriksaan X- ray biasa dan mendapat filemnya adalah dalam masa 30 minit.
KEWAJIPAN PELANGGAN - Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi yang lengkap wajib dibawa oleh pesakit semasa datang untuk menjalani pemeriksaan radiologi.
- Pesakit wajib mematuhi arahan Juru X-ray semasa menjalani pemeriksaan radiologi.
- Pesakit wajib menepati tarikh dan masa temujanji, serta mematuhi semua arahan persediaan pesakit sebelum menjalani pemeriksaan khas radiologi.
- Pesakit wajib membawa radiograf terdahulu apabila menjalani pemeriksaan radiologi, dan wajib menyerahkannya kepada juru X-ray yang bertugas sekiranya diminta.
|