CSSU  1845 reads

PIAGAM PELANGGAN CSSU

Pelanggan: Wad / Unit ,Jabatan, Hospital dan Klinik Kesihatan.

Perkhidmatan kami adalah:-


  1. Memberi perkhidmatan yang mesra dan baik kepada pelanggan
  2. Memastikan peralatan yang disteril sentiasa berada dalam keadaan baik dan mencukupi ( jika tidak ada masalah mesin autoclave).
  3. Jadual Bagi Perkhidmatan Pensterilan adalah seperti berikut:-
    • Penerimaan peralatan terpakai : - Jam : 8.00 pagi - 9.00 pagi.
    • Pembekalan pek steril :-              Jam : 10.30 pagi  - 11.30 pagi.
    • Bersedia atas panggilan jika memerlukan perkhidmatan Pensterilan (Bagi kes kecemasan sahaja)
  4. Sebarang pertanyaan, cadangan, permasalahan dan penambahbaikan, sila hubungi  Ketua Unit, Unit Perkhidmatan  Bahan Steril ( CSSU), Tel: 088-676100 ( EXT : 221).

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  1. Menghantar peralatan terpakai  dan mengambil peralatan steril dengan menggunakan kontena bertutup yang berasingan berserta borang pesanan CSSU bagi memudahkan anggota CSSU memeriksa dan mengira peralatan.
  2. Pek steril hendaklah disimpan di dalam kabinet bertutup dengan Jarak 2 inci (5cm)  dari dinding, ketinggian 8 inci (25cm) dari aras lantai dan 18 inci (44cm) dari aras siling dan disusun mengikut Sistem First In First Out (FIFO).
  3. Mematuhi polisi dan garis panduan yang tersedia serta perubahan dari masa ke semasa.

Dikemaskini pada: 27 Nov 2015
Print article