Jabatan Pesakit Luar  1768 reads

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PESAKIT LUAR 

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secara profesional dan diberi privasi semasa pemeriksaan dan segala maklumat kesihatan akan dirahsiakan.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang selamat dan kondusif.
  • Setiap pelanggan yang telah didaftarkan akan diberi rawatan mengikut nombor giliran dan pemeriksaan dijalankan dalam tempoh masa 90 minit.
  • Setiap pelanggan akan dibekalkan dengan maklumat temujanji dan kes-kes yang memerlukan rawatan pakar hendaklah dirujuk ke hospital rujukan dengan segera oleh Pegawai Perubatan.
  • Mempastikan program promosi kesihatan dijalankan setiap masa di samping memberi khidmat nasihat kepada pesakit tertentu dan keluarga mereka jika perlu.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

Semua pelanggan hendaklah membawa salah satu daripada dokumen-dokumen asal seperti yang berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Surat Beranak
  • Pasport
  • Sijil Nikah
  • Surat Majikan (GL)
Print article