
Hospital Pitas
Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan
- Informasi
- Piagam Pelanggan
- Piagam Pelanggan Unit
- Dewan Bedah
PIAGAM PELANGGAN DEWAN BEDAH
Kami akan memastikan : - Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, sopan, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan dijaga keselesaan, keselamatan, kepentingan dan kerahsiaan.
- Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur pembedahan atau pembiusan termasuk risikonya.
- Setiap pelanggan akan dilayan secepat yang mungkin secara saksama.
- Pelanggan akan dikawal dengan rapi semasa pembedahan dijalankan dan juga semasa pemulihan daripada pembedahan atau pembiusan sehingga pelanggan dibenarkan kembali ke wad masing-masing.
- Saudara mara akan diberi maklumat tentang jenis pembedahan atau pembiusan dan juga maklumat yang diperlukan dari masa ke semasa.
KEWAJIPAN PELANGGAN - Setiap pesakit diwajibkan memberikan maklumat atau sejarah kesihatan lampau dengan tepat dan betul bagi tujuan merancang proses pembedahan dan pembiusan yang selamat.
- Setiap pesakit yang menjalankan pembedahan dan pembiusan hendaklah menandatangani keizinan pembedahan atau pembiusan dengan memahami tujuan tersebut.
- Setiap pesakit yang menjalankan pembedahan hendaklah berpuasa sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam dalam kes-kes pembedahan elektif, walaubagaimana pun pembedahan kecemasan adalah dikecualikan.
- Pesakit yang menjalankan pembedahan atau pembiusan hendaklah menanggalkan barang eksesori dan memakai baju khas pesakit sebelum memasuki dewan bedah.
- Setiap ahli keluarga pesakit hendaklah sabar menerima sebarang kemungkinan dan menunggu penjelasan daripada Pegawai Perubatan.
|