Dewan Bersalin

PIAGAM PELANGGAN DEWAN BERSALIN

KEMASUKAN KE DEWAN BERSALIN:

  • Setiap pesakit akan dilayan dengan senyuman, salam, sopan, sensitive, segera, sentuhan, segak, semangat, selia dan selidik (Konsep 10S).
  • Setiap pesakit dan keluarga akan diberikan orientasi mengenai peraturan masa melawat, kemudahan dalam wad/hospital, masa melawat dan penjagaan pesakit oleh saudara-mara dalam wad.
  • Semua pesakit akan ditempatkan di atas katil dalam tempoh 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh pegawai perubatan dengan kadar segera jika diperlukan dalam kecemasan.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan / dijalankan termasuk risiko dan pilihan lain.

 

DISCAJ DARI WAD:

1.  Pesakit akan diberitahu 3 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa pesakit discaj dari wad.

2.  Semua pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:

  • Preskripsi ubat-ubatan
  • Kepingan caj hospital
  • Maklumat temujanji
  • Risalah / borang-borang untuk rawatan susulan.
  • Surat rujukan kepada pakar / pegawai perubatan klinik swasta yang merujuk.
  • Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit bukan warganegara Malaysia.
  • Nasihat.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Pelanggan hendaklah membawa Kad Klinik Antenatal.
  • Pelanggan hendaklah membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad, Sijil Kelahiran, Pas kerja, pas lawatan dan lain-lain.
  • Membawa keperluan bersalin untuk ibu dan anak.
  • Membayar deposit kemasukan ke wad (bagi bukan warganegara Malaysia sahaja).
  • Membayar caj rawatan hospital sebelum pulang.
  • Mematuhi polisi/peraturan hospital seperti:

Polisi Penyusuan Susu Ibu.

Polisi Masa Melawat.

Lain-lain peraturan hospital.

  Print article