Wad Kanak-Kanak

PIAGAM PELANGGAN WAD KANAK-KANAK

KEMASUKAN:  

  • Setiap pesakit akan dilayan dengan SENYUMAN, SALAM, SOPAN, SENSITIF, SEGERA, SENTUHAN, SEGAK, SEMANGAT, SELIA dan SELIDIK (KONSEP 10 S).
  • Setiap pesakit dan keluarga akan diberikan orientasi mengenai peraturan masa melawat, kemudahan dalam wad dan hospital, masa melawat dan penjagaan pesakit oleh saudara mara dalam wad.
  • Semua pesakit akan ditempatkan di katil dalam tempoh 10 minit.
  • Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dengan kadar segera jika diperlukan dalam kes kecemasan.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan/dijalankan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

 

DISCAJ:

1. Pesakit akan diberitahu 3 jam lebih awal mengenai tarikh dan masa pesakit discaj dari wad.

2. Semua pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut semasa discaj:

  • Preskripsi ubat-ubatan.
  • Kepingan caj hospital.
  • Maklumat temujanji.
  • Risalah atau borang-borang untuk rawatan susulan.
  • Surat rujukan kepada Pakar atau Pegawai Perubatan Klinik Swasta yang merujuk.
  • Resit bayaran discaj hospital bagi pesakit bukan warganegara Malaysia.
  • Nasihat.

  Print article