Unit Pemulihan CaraKerja  1339 reads

PIAGAM PELANGGAN UNIT PEMULIHAN CARAKERJA 

  • Setiap pesakit akan diberi rawatan yang sewajarnya dan diberi layanan yang sama rata tanpa mengira umur, bangsa, agama, jantina atau sosio-ekonomi.
  • Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra, hormat, bertimbang rasa serta ikhlas.
  • Setiap pesakit akan disediakan dengan persekitaran dan kemudahan yang bersih dan selesa sepanjang sesi rawatan di unit ini.
  • Maklumat peribadi, maruah diri dan rahsia setiap pesakit akan dilindungi dan dijaga dengan baik.
  • Proses pendaftaran pesakit akan dilakukan dalam tempoh 5 hingga 10 minit.
  • Pesakit dikehendaki membayar caj rawatan mengikut kelayakan.
  • Sesi rawatan dijalankan dalam tempoh 45 hingga 60 minit bagi setiap pesakit.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan mengenai kondisi dan prosedur rawatan.
  • Setiap pesakit akan diberi tarikh dan masa temujanji berdasarkan kepentingan kes pesakit.

 

KEWAJIPAN PELANGGAN

  • Pesakit perlu menepati tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan.
  • Pesakit perlu memaklumkan kepada terapis sekiranya terdapat pertukaran tarikh temujanji.
  • Pesakit hendaklah membawa bersama kad temujanji semasa menerima rawatan di unit ini.
  • Pesakit hendaklah mematuhi arahan terapis sepanjang menjalankan sesi rawatan agar keselamatan pesakit terjamin.
  • Pesakit hendaklah patuh kepada polisi Unit Pemulihan Carakerja Hospital Pitas.
Print article