PIAGAM
PELANGGAN UNIT ICT
- Memberi
layanan dan perkhidmatan yang mesra serta responsif kepada kehendak
pelanggan.
- Memastikan
semua perkhidmatan ICT di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan
Malaysia beroperasi dengan baik.
- Memastikan
semua permohonan e-mail diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memastikan
semua urusan Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat diselesaikan dalam
tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan
tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi
sekurang-kurangnya 85 % dalam masa setahun.
- Memastikan
tahap keselamatan rangkaian dan aplikasi sistem terjamin
sekurang-kurangnya 90 % dalam masa setahun.
KEWAJIPAN
PELANGGAN
Bagi
membolehkan Unit Teknologi Maklumat melaksanakan piagam pelanggan
dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk :
- Memberikan
maklumat yang lengkap kepada Unit Teknologi Maklumat semasa pendaftaran
emel rasmi kerajaan dijalankan.
- Melaporkan
kerosakan peralatan komputer kepada Unit Teknologi Maklumat dalam masa
tidak kurang daripada satu hari.
- Mematuhi
semua arahan dan peraturan yang terkandung di dalam buku dasar
keselamatan ICT Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dikemaskini Pada: 10 Jan 2015