Tanggungjawab Pesakit  2508 reads

Bagi memastikan penjagaan kesihatan dan perhatian dapat diberikan dengan berkesan, pesakit adalah bertanggungjawab untuk:

  • Memberi kerjasama kepada pihak hospital yang dipertanggungjawabkan untuk memberi rawatan kepada beliau.
  • Memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang tahap kesihatannya, sekiranya diperlukan oleh pihak hospital, bagi menjamin ketepatan dan keberkesanan rawatan perubatan yang bakal diberikan kepada pesakit. Maklumat yang perlu adalah termasuk mengenai sebarang rawatan perubatan yang sedang dijalani dan diterima dari pengamal perubatan professional yang lain atau dari pengamal perubatan tradisional (sekiranya ada).
  • Pesakit perlu memastikan bahawa dirinya memahami setiap prosedur dan penerangan yang diberikan kepadanya oleh Doktor.
  • Pesakit perlu bersedia menerima semua kemungkinan yang mungkin terjadi daripada keputusan yang diambil oleh dirinya atau waris yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit.
  • Pesakit harus memikul tanggungjawab untuk melunaskan semua kos rawatan yang terlibat dengan seberapa segera.
  • Pesakit perlu menepati setiap temujanji yang diberikan dan memaklumkan kepada pihak hospital jika mempunyai sebarang kesulitan untuk menepatinya.
  • Tidak menyalah-gunakan fasiliti penjagaan kesihatan yang terdapat di premis ini.
  • Menjaga tata susila diri agar tidak mengganggu keselesaan dan hak-hak pesakit lain.
  • Menerima pakai langkah-langkah pencegahan sebagaimana tertakluk dalam perundangan Malaysia.
Print article