Hospital Pitas (https://hpitas.moh.gov.my)

Pesakit Didahulukan, Kesihatan Diutamakan

Perutusan Pengarah Hospital

Category : Profil

Dr Gerald Marcus

“Salam Sejahtera”

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Pitas.
Web ini adalah merupakan salah satu usaha Hospital Pitas untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami dari segi penyampaian maklumat profil, fungsi, perkembangan mutakhir dan perkhidmatan yang disediakan di Hospital Pitas. Besar harapan kami agar portal ini menjadi medium perutusan maklumat, perkongsian idea dan pendapat serta menyalurkan maklumat berguna yang diperlukan oleh semua pelanggan. Kami amat mengalu-alukan pandangan dan komen membangun dari anda bagi membantu kami dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami. Saya juga menyeru kepada smua anggota Hospital Pitas agat terus mengamalkan budaya kerja yang cemerlang dan berintegriti agar perancangan utama organisasi dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan visi, misi dan objektif hospital ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit ICT dan semua yang telah memberi sumbangan penting dalam membangunkan dan mengemaskini laman web Hospital Pitas. Hospital Pitas akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agar dapat memenuhi keperluan terkini masyarakat seluruhnya.
Selaku Pengarah Hospital Pitas, saya mengucapkan “Selamat datang ke laman web rasmi Hospital Pitas”

Sekian, salam hormat.

Dr. Gerald Marcus
Pengarah Hospital
Hospital Pitas