Penggunaan Ubat-ubatan Semasa Bulan Ramadhan  Pengumuman  admin  06 Aug 2012 6:55 AM  1480 reads

Penggunaan Ubat Yang Tidak Membatalkan Puasa

1) Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
2) Tablet sublingual (bawah lidah); dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tidak ditelan
3) Semua bentuk suntikan
4) Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
5) Ubat kumur
6) Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
7) Ubat bius setempat dan bius separuh


Penggunaan Ubat Yang Membatalkan Puasa

1) Ubat biji
2) Ubat minum
3) Inhaler (ubat sedut)
4) Pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian)
5) Ubat yang dimasukkan ke dalam dubur (supositori dan enema)
6) Ubat bius menyeluruh (yang melibatkan gas)

Untuk makluman lanjut, layari www.knowyourmedicine.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1800-88-6722
Print article